Home Semasa A. Rahman Hassan kembali ke rahmatullah

A. Rahman Hassan kembali ke rahmatullah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Penyanyi terkenal era 60-an, Datuk A Rahman Hassan telah meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.40 malam tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Khir Rahman di akaun Instagram peribadinya.

Menurut Khir, jenazah Allahyarham Datuk A Rahman akan dibawa pulang ke kediaman arwah di Taman Sri Ukay dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat selepas waktu Zohor.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan pitam selepas pulang beraya di Kepong pada 10 Jun lalu. Dalam entri Instagram milik Khir, doktor tidak menolak kemungkinan Allahyarham mengalami serangan angin ahmar dan mengalami pendarahan di otak.

Datuk A Rahman Hassan atau nama sebenarnya Abd Rahman bin Hassan merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana.

 

Related Articles

Leave a Reply