Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Tentera Darat turun padang sambut Aidilfitri di perbatasan

Panglima Tentera Darat turun padang sambut Aidilfitri di perbatasan

by M.Daim

BANDING, 6 Jun – Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi telah melaksanakan lawatan kerja beliau ke kawasan operasi pada 4 Jun sehingga semalam.

Lawatan kerja beliau bermula dengan lawatan Kem Sri Banding, Gerik, Perak. Beliau turut diberikan taklimat operasi oleh Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2RAMD) di kawasan tersebut.

Beliau kemudiannya berangkat melawat ke pos Marker November dan pos Kenarong bagi melawat anggota tentera yang sedang bertugas di kawasan tersebut. Dalam lawatan tersebut, beliau beramah mesra dengan anggota-anggota terlibat serta menyampaikan Bungkusan Raya.

Pada malam 4 Jun, Panglima Tentera Darat berbuka puasa bersama rombongan serta anggota yang bertugas sebelum melaksanakan solat Maghrib dan Isya’ serta Takbir Raya.

Hasbullah kemudiannya menghadiri sesi sidang video (video conference) bersama panglima-panglima yang juga berada di kawasan operasi di seluruh negara.

Sidang tersebut turut melibatkan Panglima Medan Barat dan Panglima Medan Timur yang melaporkan keadaan semasa operasi serta sambutan suasana Hari Raya di kawasan terlibat.

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, Panglima Tentera Darat berkesempatan untuk menunaikan solat Subuh dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah.

Sambutan Hari Raya di Kem Sri Banding turut diserikan lagi dengan lagi Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota yang bertugas. Beliau kemudiannya melancarkan Jilid Ketiga Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat.

Panglima Tentera Darat kemudiannya berangkat ke Kem Gubir, Kedah sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

 

Related Articles

Leave a Reply