Home SemasaGlobal Tentera Thailand bakal terima 60 kenderaan tempur berperisai dari AS

Tentera Thailand bakal terima 60 kenderaan tempur berperisai dari AS

by M.Daim

BANGKOK, 16 Mei – Tentera Thailand telah memilih untuk membeli 37 buah kenderaan tempur berperisai terpakai dari Amerika Syarikat.

Agensi media Thailand, Bangkok Post, memetik kenyataan sumber yang berkata, negara itu turut menerima tambahan 23 buah Stryker yang dibiayai oleh Amerika Syarikat.

M1126 Stryker merupakan kenderaan berperisai keluaran syarikat Kanada, General Dynamics Land Systems. Mampu untuk mencapai kelajuan 62 kilometer sejam, kenderaan ini mampu bergerak sejauh 500 kilometer.

Stryker telah digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) semenjak tahun 2002. Kenderaan ini pertama kali digunakan oleh Amerika Syarikat di medan perang semasa Perang Iraq 2003. Selain daripada itu, Stryker turut digunakan di Afghanistan dan Syria.

Perolehan Stryker oleh Thailand turut merangkumi pakej persenjataan, sistem komunikasi, alat ganti dan penyelenggaraan. Kontrak perolehan kenderaan ini dijangka akan melalui prosedur US Foreign Military Sales. Thailand dijangka akan menerima kumpulan pertama Stryker mulai akhir tahun ini.

Stryker turut dijangka akan digunakan oleh Divisyen Kesebelas Infantri di Chachoengsao.

 

Related Articles

Leave a Reply