Home Pertahanan dan Keselamatan Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa bersama warga ATM

Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa bersama warga ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, pada Isnin.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima-panglima Perkhidmatan serta kepimpinan tertinggi ATM dan KEMENTAH.

Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 2,000 jemaah terdiri daripada orang awam dan warga ATM.

Pada majlis itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM (STAY ATM).

 

Related Articles

Leave a Reply