Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan siarkan laporan siasatan 16 projek Land Swap

Kementerian Pertahanan siarkan laporan siasatan 16 projek Land Swap

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai 16 projek Land Swap Kementerian Pertahanan akan disiarkan kepada umum secara berperingkat di portal rasmi kementerian itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan berkata laporan siasatan setiap projek tersebut akan mula disiarkan mengikut jadual bermula 13 hingga 17 Mei ini.

Semalam kementerian telah menyiarkan tiga laporan projek iaitu laporan Kem Hutan Melintang, Kem Batu Kentonmen dan Kem Paloh/Kinrara.

Tiga lagi laporan pada 14 Mei akan disiarkan ialah laporan Kem Sungai Buloh, Kem Sungai Besi dan Kem Batu Pahat.

Esok pada 15 Mei, tiga laporan akan didedahkan iaitu pula laporan Kem Transit Kem Wataniah 502 AW, Kem Terendak Kem Sungai Putat Melaka dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Pada 16 Mei pula tiga laporan akan disiarkan melibatkan Kem Brinchang, Kompleks 7 Briged Skudai dan Kompleks Markas 2 Divisyen Bayan Lepas.

Manakala pada 17 Mei, empat laporan akan didedahkan ialah laporan Kompleks Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang, Depot Peluru 71 Batalion Ordnan Divisyen, Pembangunan Fasiliti Kem Muara Tuang, Kem Penrissen dan Fasiliti Skuadron 323 TUDM Bukit Lunchu, jelasnya.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pertahanan mengambil serius berhubung penemuan, teguran dan syor-syor yang telah dikemukakan oleh JKSTUPKK.

“Untuk makluman, kementerian juga telah membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melakukan siasatan terperinci seterusnya mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan berkata laporan JKSTUPKK tersebut telah memberi kesan besar kepada kementerian khususnya kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan projek Land Swap agar sentiada berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa serta rasuah sehingga menyebabkan kegagalan projek sekali gus merugikan kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply