Home Pertahanan dan Keselamatan Jalinan Kasih Pengikat Ukhuwah eratkan hubungan tentera dan rakyat

Jalinan Kasih Pengikat Ukhuwah eratkan hubungan tentera dan rakyat

by M.Daim

JELEBU, 8 April – Tentera Darat Malaysia dan Universiti Malaya telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Dusun Kubur, Klawang, Negeri Sembilan pada 6 April lalu.

Program CSR yang bertemakan Jalinan Kasih Pengikat Ukhuwah ini dikelolakan oleh penuntut kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan Siri 22/2019 dari Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), Kem Sirusa, Port Dickson. Program ini telah melibatkan seramai 30 pegawai dan 25 anggota Lain-lain Pangkat, 3 orang Pensyarah dari Universiti Malaya serta 300 orang penduduk kampung.

Turut hadir ke program ini adalah Komandan INSPEKA, Brigedier Jeneral Dr A. Endry Nixon; Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Prof Madya Dr Yusniza binti Kamarulzaman; ADUN Klawang, Haji Bakri bin Sawir.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Promosi Kerjaya ATM, Pemeriksaan Kesihatan oleh Pasukan Perubatan ATM, program baik pulih rumah penduduk orang asli, sumbangan kepada penduduk Orang Kurang Upaya (OKU) dan gotong royong serta sumbangan buku di Tabika KEMAS.

Peserta program turut menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Dewan Serbaguna Kampung Dusun Kubur.

Related Articles

Leave a Reply