Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara sebanyak RM500 – Mohamad Sabu

Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara sebanyak RM500 – Mohamad Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Kerajaan akan melaksanakan pemberian inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebanyak RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1 Malaysia (SVTB1M).

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pemberian BHN 2019 merupakan penghargaan berterusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara.

“Ianya adalah usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM. Walaupun kekangan kewangan, kita cari jalan. Saya sendiri beberapa kali ke Kementerian Kewangan berusaha supaya dapat diagihkan sedikit kepada veteran ATM.

“Dan setelah dicari jalan, akhirnya dapatlah diberi kepada veteran ATM menjelang hari raya nanti yang jumlahnya lebih kurang RM79.68 juta,” kata Mohamad di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi melaksanakan inisiatif ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 79.68 juta untuk diagihkan secara one off yang melibatkan seramai 159,368 orang veteran ATM berpencen dan tidak berpencen yang layak untuk menerimanya dengan kadar pemberian RM500 seorang.

“Jumlah penerima ini adalah lebih tinggi berbanding hanya 43,000 orang veteran ATM tidak berpencen sahaja yang menerima inisiatif dibawah bantuan BBN 2017,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif permohonan ini dan akan dibuka bermula 14 April 2019.

“Pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019, adalah diharapkan pembayaran inisiatif ini akan dapat meringgankan sedikit bebanan veteran yang terlibat terutamanya semasa menghadapi sambutan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri nanti”, ujarnya.

Related Articles

3 comments

Zraimiee zinie 2 April 2019 - 10:05 am

Sepatutnya anggota yg tdk berpencen ni kena la bagi lebih dari anggota yg berpencen kami anggota yg tdk berpencen ni ada yg menanggung kos sara hidup yg lebih tinggi apa la yg ada kalau hanya setakat rm500 berbanding pada tahun 2017 kami anggota yg tdk berpencen dapat rm1200.00 jadi kenapa kerajaan tdk boleh bagi rm1200.00 sebab kerajaan ph bagi semua anggota yg berpencen dan tdk berpencen sedangkan anggota yg tdk berpencen tdk ramai jika di bandingkan dgn yg berpencen…kami yg tdk berpencen ni bukannya dapat wang pencen setiap bulan dan bukannya dapat bonos sepertimana anggota yg berpencen akan dapat bonos setiap kali pembentangan bajet apalah salahnya kalau anggota yg tdk berpencen ni layak dapat rm1000.00 kalau pun tdk rm1200.00 sepertimana tahun 2017 yg di kenali sbagai bantuan bakti negara harap menteri pertahanan pertimbangkan la pemberian bantuan harapan negara kepada yg tdk berpencen di naik kan sbb bantuan ni hanya di bagi secara one off tdk seperti bbn dulu yg akan di bagi sepanjang hayat..sekian dari syaS.

Reply
Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara RM500 hari ini – Air Times News Network 27 May 2019 - 4:51 pm

[…] Artikel Berkaitan: Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara sebanyak RM500 – Mohamad Sabu […]

Reply
Alwi bin Mahruf 16 November 2019 - 10:54 pm

JHEV penipu besar, ramai anggota veterans yg patut dapat, tapi tak dapat langsung. Tak adil !!!

Reply

Leave a Reply