Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara RM500 hari ini

Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara RM500 hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengumumkan pembayaran peringkat pertama Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebanyak RM500 seorang kepada 95,111 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dilaksanakan bermula pada hari ini.

Mohammad berkata sebanyak RM47.555 juta telah diperuntukkan untuk pembayaran BHN 2019.

“Dimana bantuan sebanyak RM26.675 juta kepada 53,350 veteran ATM berpencen, manakala RM20.880 juta kepada 41,760 veteran ATM tidak berpencen”, katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bil 3/2019 di Kementerian Pertahanan hari ini.

Pembayaran inisiatif BHN 2019, diharapkan akan dapat meringankan sedikit bebanan veteran yang terlibat terutamanya semasa menghadapi sambutan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba, ujarnya.

Menurut beliau, veteran yang telah menerima surat daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan menghubungi Call Centre JHEV ATM di talian 03-26976600 bagi memudahkan proses kelulusan BHN 2019.

“Bagi peruntukan khas kepada persatuan-persatuan veteran ATM pula, sehingga Mei 2019 hanya 50 persatuan sahaja daripada 143 persatuan yang telah layak untuk menerima bantuan khas kerajaan.

“Sebanyak 27 persatuan veteran ATM telah menerima bantuan khas tersebut pada 4 Mei 2019 dan 23 Mei 2019 yang lalu”, katanya.

Manakala jumlah keseluruhan bantuan ini adalah sebanyak RM500,500 bagi membantu persatuan menjalankan aktiviti yang berkaitan. Persatuan-persatuan adalah diingatkan untuk memajukan laporan tahunan sebagaimana yang dikehendaki sebagai syarat untuk menerima peruntukan tersebut.

Artikel Berkaitan: RM79.6 juta peruntukan untuk veteran ATM – Mohamad

Artikel Berkaitan: Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara sebanyak RM500 – Mohamad Sabu

Sebelum ini pada 26 Mei 2019, kerajaan telah mengumumkan akan melaksanakan pemberian inisiatif BHN 2019 sebanyak RM500 kepada veteran ATM bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1 Malaysia (SVTB1M).

Pemberian BHN 2019 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM.

Related Articles

Leave a Reply