Home Pertahanan dan Keselamatan RM79.6 juta peruntukan untuk veteran ATM – Mohamad

RM79.6 juta peruntukan untuk veteran ATM – Mohamad

by Nurulhuda

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata BHN 2019 merupakan inisiatif baharu menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia 2013 (SVTB1M) yang akan dibayar kepada veteran ATM berpencen dan tidak berpencen mula dibayar Mei ini.

“Walaupun kerajaan menghadapi kekangan kewangan, bagi menghargai pengorbanan veteran ATM, kerajaan masih mampu memperuntukkan RM79.6 juta untuk pelaksanaan BHN 2019 kepada penerima yang lebih ramai iaitu sejumlah 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen berbanding hanya 43,000 veteran ATM tidak berpencen yang menerima inisiatif BBN 2017.

“Ia adalah usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM,” katanya pada sidang media di pusat media Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.

“Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan bertanggungjawab melaksanakan BHN 2019, termasuk menyediakan kemudahan pendaftaran permohonan, menentukan kelayakan dan meluluskan permohonan, memaklumkan status permohonan dan melaksanakan pembayaran.

Menurutnya permohonan BHN 2019 akan dibuka pada 14 April ini dan bayaran akan dibuat mulai 27 Mei dengan pendaftaran boleh dibuat di Pejabat JHEV berdekatan.

“Semoga dengan pemberian BHN 2019 ini akan dapat membantu veteran ATM dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup pada masa kini,” jelas Mohamad.

Related Articles

1 comment

Veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara RM500 hari ini – Air Times News Network 27 May 2019 - 3:41 pm

[…] Artikel Berkaitan: RM79.6 juta peruntukan untuk veteran ATM – Mohamad […]

Reply

Leave a Reply