Home Semasa Tentera maut kemalangan

Tentera maut kemalangan

by Noor Sheila Amin

JEMPOL, 25 Feb – Seorang penunggang motosikal yang juga anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangi terbabit kemalangan di Kilometer 14 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, persimpangan Balai Polis Batu Kikir, Jempol.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa Mohamad Roszaimi Rahim, 35, menunggang motosikal jenis SYM VS135 dipercayai dari rumahnya di Gugusan Raja Alias 2, menghala ke Kuala Pilah sebelum bergesel dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, kejadian sekitar jam 5.20 petang itu melibatkan sebuah motosikal dengan kereta Proton Exora.

“Insiden berlaku dekat lampu isyarat simpang tiga Balai Batu Kikir.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku di laluan dan arah yang sama iaitu dari arah Simpang Pertang.

Sementara itu, Nurhishamuddin memaklumkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply