Home SemasaGlobal AS batal visa penyokong Nicolas Maduro

AS batal visa penyokong Nicolas Maduro

by Noor Sheila Amin

Wakil Amerika Syarikat ke Venezuela, Elliot Abrams, berkata Washington membatalkan visa yang dikeluarkan kepada sejumlah anggota Perhimpunan Perlembagaan.

“Badan ini sudah merampas banyak kuasa Perlembagaan yang dimiliki oleh Perhimpunan Kebangsaan secara sah dan memusnahkan institusi demokrasi,” kata Abrams kepada wartawan.

Memetik laporan AFP, Washington juga mengkritik  pertemuan beberapa negara Eropah dan Amerika Latin di Montevideo, Uruguay yang berusaha mengadakan dialog dengan pemimpin yang bertelagah

Perbincangan itu membabitkan ketua dasar luar negara Kesatuan Eropah, Federica Mogherini dan dianjurkan oleh Mexico serta Uruguay, iaitu dua negara di Amerika Latin yang tidak mengiktiraf Guaido, selain sekutu Maduro, negara Cuba.

Related Articles

Leave a Reply