1.5K
PUTRAJAYA, 8 Feb – Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Shukri Abdull memaklumkan akan memanggil Dato’ Seri Najib Razak untuk memberi keterangan hanya jika dakwaan UMNO membayar kepada PAS RM90 juta benar-benar berlaku seperti yang dikatakan.
Memetik laporan Malaysikini, menurut Shukri, buat masa ini, mereka masih tidak pasti (sama ada bantuan Najib diperlukan), ia bergantung dengan hasil siasatan tersebut, katanya.
Demikian kata Shukri, ketika diminta menjelaskan status terkini siasatan, yang baru dimulakan baru-baru ini.
SPRM menerima aduan mengenai pembayaran, yang didakwa dibuat untuk mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS semasa PRU ke-14 tahun lepas.
Turut didakwa bahawa dana yang dibayar oleh Umno merupakan daripada dana 1MDB yang mana Najib merupakan bekas pengerusi.