Home Semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina meriah

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina meriah

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) meriah denga dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 10.40 pagi dengan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, segak berkemeja berwarna merah, disambut Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Majlis yang dianjurkan oleh Lim dan NCCIM itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang hadir pada majlis itu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kabinet lain serta Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Vicki Treadell.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama tetamu kehormat lain turut menggaul ‘yee sang’, acara tradisi masyarakat Tionghua yang melambangkan nasib baik, kemakmuran dan segala perkara yang menguntungkan.

Related Articles

Leave a Reply