Home Semasa Isu ECRL: Kalah drama sinetron Indonesia – Najib

Isu ECRL: Kalah drama sinetron Indonesia – Najib

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan isu pembatalan projek ECRL sebagai drama yang mengalahkan sinteron Indonesia.

Najib menyatakan perkara tersebut di akaun media sosial rasmi kendaliannya pada hari ini.

“Sekejap hantar surat rasmi menteri untuk batal ECRL. Lalu Menteri lain umum ECRL sudah batal. Sekejap Menteri yang keluarkan surat pembatalan pula kata belum batal. Lalu Menteri lain kata tak pasti sudah batal atau tidak.

“Sebentar lagi kita dipanggil untuk tunggu Guan Eng umum keputusan batal atau tidak. Keesokan hari, Guan Eng pula kata dia telah disuruh untuk jangan umum keputusan,” bidas bekas Perdana Menteri.

“Batal ke tidak, tidak ke batal? Rakyat dan pelabur semua pening kepala. Kalah sinetron indonesia,” ujar Najib.

Beliau turut membidas dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa harga pasaran kos sebenar projek ECRL adalah RM 30 billion berbanding kos RM55 bilion ECRL seperti yang dikemukan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya pernah bertanya PH sekurang-kurangnya 10 kali untuk mendedahkan mana-mana laporan yang menyebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara namun tidak pernah sekalipun PH menjawab,

“Not even once,” tegas Najib yang menyatakan kerajaan PH sehingga hari ini gagal membuktikan dakwaan harga kos sebenar ECRL.

Beliau turut menyindir bahawa kerajaan PH hanya berani buat tuduhan tetapi tidak jujur dalam buktikan tuduhan mereka.

“Walhal segala laporan dan perjanjian sudah ada ditangan mereka,” dakwa Najib.

Beliau menjelaskan bahawa harga RM 30 billion adalah berdasarkan kajian yang dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Harga tersebut tidak sama dengan harga projek ECRL yang dianugerahkan pada tahun 2016.

Menurut beliau, harga RM55 bilion adalah bagi projek ECRL yang mempunyai panjang landasan yang bertambah iaitu 688km pada jumlah keseluruhan dengan janjaran berbeza. Selain daripada itu, beliau menyatakan skop projek adalah berlainan dan jumlah stesen adalah lebih banyak.

 

Related Articles

Leave a Reply