Home Politik PRK Cameron Highlands: Kayveas tarik diri bertanding, umum sokong PH

PRK Cameron Highlands: Kayveas tarik diri bertanding, umum sokong PH

by Air Times News Network

TANAH RATA, 12 Jan – Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

M.Kayveas berkata beliau sebaliknya akan memberi sokongan penuh dan membantu kempen kepada calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran.

“Saya ingin jelaskan, saya penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kekuatan dan kebijaksanaan Perdana Menteri yang akan membawa kita melalui kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Oleh itu saya umumkan saya tidak akan meneruskan untuk bertanding dalam PRK ini.

“Saya akan menyokong calon PH secara terbuka dan agresif. Mereka boleh harapkan sokongan kami (MyPPP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon PRK Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata di sini hari ini.

Related Articles

Leave a Reply