Home SemasaGlobal Tentera Indonesia bakal perolehi 17 buah helikopter baharu

Tentera Indonesia bakal perolehi 17 buah helikopter baharu

by Air Times News Network

BANDUNG, 10 Jan – Indonesia telah menandatangani kontrak perolehan 17 buah helikopter untuk kegunaan Tentara Nasional Indonesia (TNI).

Akaun media sosial rasmi PT. Dirgantara Indonesia (PTDI) memuat naik gambar majlis menandatangani kontrak perolehan yang berlangsung semalam.

Dokumen kontrak ditandatangani oleh Direktur Niaga PTDI, Irzal Rinaldi dan Kepala Badan Sarana Pertahanan (Kabaranahan) Kementerian Pertahanan RI, Laksamana Muda TNI Agus Setiadji.

TNI-AU sebelum ini melakukan perolehan sebanyak 6 buah helikopter H225M.

Menurut PTDI, kontrak tersebut merangkumi 8 buah helikopter H225M keluaran Airbus untuk TNI Angkatan Udara (TNI-AU) dan 9 buah helikopter Bell-412EPI keluaran Bell Helicopter untuk TNI Angkatan Darat (TNI-AD).

Sementara itu, pihak Airbus Helicopters mengsahakan kontrak perolehan tersebut dan menyatakan kesemua 8 buah helikopter H225M akan di pasang di Perancis. TNI-AU sebelum ini melakukan perolehan 6 buah helikopter H225M pada tahun 2017 dan 3 daripadanya sudah beroperasi di Indonesia.

Kontrak perolehan  8 buah helikopter H225M adalah bernilai USD$ 330 juta, manakala helikopter Bell-412EPI adalah bernilai USD$ 183 juta.

Perolehan sejumlah helikopter Bell 412EP oleh TNI-AD akan menggantikan sejumlah helikopter Bell 412SP yang telah berkhidmat semenjak tahun 1986.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply