Home Pertahanan dan Keselamatan MENHAN ke China bagi perkukuh kerjasama pertahanan dua hala

MENHAN ke China bagi perkukuh kerjasama pertahanan dua hala

by M.Daim

BEIJING, 23 Okt – Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Bin Sabu kini berada di China bagi melaksanakan lawatan kerja selama 4 hari di negara itu mulai hari ini.

Lawatan kerja ini merupakan salah satu platform penting serta komitmen kedua-dua negara dalam mengukuhkan lagi jaringan kerjasama menerusi diplomasi pertahanan dalam memastikan kedaulatan negara dan kestabilan di rantau ini sentiasa terpelihara.

Kapal LMS TLDM

Semasa hari pertama lawatan, Menteri Pertahanan telah melakukan upacara Keel Laying Littoral Mission Ship 1 (LMS 1) dan First Steel Cutting LMS 2 di limbungan pembuatan kapal di Wuhan, China.

Malaysia dengan kerjasama China terlibat dalam pembinaan empat buah kapal LMS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mana dua buah kapal di bina di China dan dua buah di bina di Malaysia melibatkan perkongsian
serta perpindahan teknologi diantara kedua negara.

Perolehan kapal LMS merupakan perolehan pertahanan TLDM daripada negara China bagi merealisasikan Program Transformasi Armada 15to5.

8th Beijing Xiangshan Forum

Menteri Pertahanan dijadualkan akan menghadiri 8th Beijing Xiangshan Forum di Beijing. Penglibatanbeliau ke forum ini adalah bagi memenuhi jemputan pihak China serta menghargai hubungan baik yang telah terjalin antara Kementerian
Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pertahanan Nasional China.

Haji Mohamad bin Sabu turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan bertajuk “Terrorism Threats and
Countermeasures” yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Oktober 2018 di forum tersebut.

Selain daripada itu, beliau turut dijadualkan akan bertemu dengan Xu Qiliang, Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, RRC dan Jeneral Wei Fenghe, Menteri Pertahanan Nasional China.

Pertemuan yang telah dijadualkan ini akan memberi peluang kepada Menteri Pertahanan untuk berinteraksi dengan lebih terbuka dengan pemimpin tinggi China sebagai salah satu usaha bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan antara
Malaysia dan China.

Related Articles

Leave a Reply