Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Tentera Darat terima kunjungan rakan sejawatan dari Brunei

Panglima Tentera Darat terima kunjungan rakan sejawatan dari Brunei

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Okt 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya, Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur sempena lawatan rasmi beliau selama 3 hari ke negara ini.

Terdahulu ketibaan beliau di Wisma Pertahanan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja berkekuatan 3 Pegawai dan 101 anggota diketuai oleh Mejar Ahmad Safuan bin Jaafar.

Beliau seterusnya diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat dan disusuli dengan lawatan di Pejabat Panglima Tentera Darat

Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh merupakan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei ke-10 setelah perlantikan beliau sebagai Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei pada 31 Jan 2018 yang lalu.

Related Articles

Leave a Reply