Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM laksana kempen kibar jalur gemilang di SK Libaran

TLDM laksana kempen kibar jalur gemilang di SK Libaran

by Nurulhuda

SANDAKAN, 30 Ogos – Anggota kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD TODAK melaksanakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Libaran semalam bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan penduduk setempat.

Pegawai Memerintah KD TODAK Lt Komander Ahmad Zaki Ismail serta pegawai dan anggota terlibat pada program itu bersama murid dan guru SK Pulau Libaran.

Ia dimulakan dengan warga kapal KD Todak menaikkan Jalur Gemilang dan bendera negeri oleh warga sekolah sambil diiringi lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Sambutan seterusnya disusuli dengan gimik membawa masuk Jalur Gemilang untuk diberikan kepada Ahmad Zaki dan penyerahan kepada Guru Besar SK Pulau Libaran Jikoh Unggun.

Menerusi kenyataan Markas Wilayah Laut 2 di sini, Ahmad Zaki berkata pada program itu warga kapal KD Todak sempat beramah mesra bersama murid sekolah sambil menceritakan pengalaman di dalam perkhidmatan TLDM bagi menarik minat serta memupuk semangat patriotisme kepada pelajar.

Katanya warga kapal KD Todak turut melaksanakan Program Jiwa Murni membersihkan serta memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah.

Pada masa sama, katanya program seperti ini boleh membuatkan kehadiran TLDM dirasai komuniti maritim, di samping meningkatkan keyakinan orang awam terhadap keselamatan maritim negara. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply