Home Semasa Tiada kenaikan gaji penjawat awam

Tiada kenaikan gaji penjawat awam

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 12 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan belum bersedia untuk menaikkan gaji 1.6 juta penjawat awam namun berjanji untuk melakukannya pada waktu yang berse­suaian.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu akan memberi kesan kepada kerajaan yang ketika ini sedang memberi tumpuan untuk mengurangkan hutang negara.

“Kita mesti memastikan produktiviti meningkat. Kita tidak mahu kos sara hidup yang tinggi. Kita juga tidak mahu gaji meningkat dengan cepat kerana ia memberi kesan kepada kerajaan yang terpaksa menanggung hutang.

“Keadaan kewangan negara ketika ini membuatkan kita tidak dapat melaksanakannya. Tambahan pula kira-kira 1.6 juta orang penjawat awam sedang berkhidmat dengan kerajaan, jadi bayangkan kos yang akan terlibat,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply