Home SemasaGlobal Kuwait bantu Iraq atasi krisis tenaga elektrik

Kuwait bantu Iraq atasi krisis tenaga elektrik

by Air Times News Network

BAGHDAD, 25 Jul – Kesengsaraan hidup penduduk Basra menghadapi krisis tenaga elektrik mendesak Kuwait untuk campur tangan. Tindakan tersebut dibuat setelah kerajaan Iran mengurangkan bekalan elektrik ke Iraq disebabkan bil tertunggak dianggarkan mencecah USD 1 bilion. Krisis kekurangan tenaga elektrik di Iraq bermula minggu lalu apabila Iran mengambil keputusan itu pada awal bulan lalu.

Memetik laporan agensi berita Kuwait, Al Anba. Kuwait telah menghantar 17 buah generator elektrik bergerak yang dijangka dapat meringankan beban keperluan tenaga penduduk di Baghdad. Hingga kini, penduduk di Baghdad mendapat 20 jam bekalan elektrik sehari manakala wilayah lain mendapat 12 jam. Kementerian Tenaga Iraq dalam satu kenyataan menyatakan bantuan yang diterima itu hanya menghasilkan 15,700 megawatt manakala sebanyak 23,000 megawatt lagi diperlukan bagi setiap jam untuk setiap bekalan tanpa henti.

Kini, sebanyak USD 40 bilion telah digunakan untuk mengatasi krisis tersebut. Namun ianya masih tidak dapat diatasi akibat salah urus tadbir kerajaan Iraq sebelum ini. Ianya telah menyebabkan bantahan jalanan terus berlaku di Iraq yang menyifatkan langkah Iran sebagai satu penindasan terhadap mereka yang amat memerlukan penyaman udara dalam menghadapi musim panas.

Menurut Emir Shaikh Sabah Al Ahmad dari Kementerian Minyak Kuwait, sebuah lori tangki minyak telah tiba di selatan Iraq dengan membawa bahan api dari Kuwait selain sebuah kapal tangki yang dimuatkan dengan 130,000 liter bahan api telah berlabuh pada Isnin lalu di Pelabuhan Basra, selatan Iraq yang dijangka akan digunakan untuk keperluan stesen janakuasa yang tidak lagi berfungsi sejak seminggu lalu. Kerajaan Kuwait turut mengumumkan bahawa lebih banyak penghantaran akan dilakukan untuk minggu-minggu yang akan datang. – AP

Related Articles

Leave a Reply