Home Semasa Kerajaan jamin pertahan dasar institusi Bumiputera: R Sivarasa

Kerajaan jamin pertahan dasar institusi Bumiputera: R Sivarasa

by Air Times News Network

PANDAN INDAH, 22 Jul – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan komited mempertahankan dasar terhadap institusi Bumiputera.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata, pihaknya akan sentiasa memberi bimbangan dan sokongan yang diperlukan oleh institusi berkenaan.

“Pada masa yang sama kita juga harus memberi perhatian kepada masyarakat bukan Bumiputera seperti peluang pendidikan, latihan vokasional dan sebagainya, momen kita untuk mempertahankan dan memperkukuhkan institusi Bumiputera tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Sivarasa berkata demikian menjawab tular yang memetik beliau sebagai mengesyorkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dibuka kepada semua kaum.

“Saya tidak pernah membincangkan syor berkenaan sebagaimana didakwa segelintir pihak sehingga tular di media sosial.

Beliau turut menafikan dakwaan cuba menukar nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

“Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, di sini, semalam.

Menurutnya, apa yang dibincangkan ialah dasar Mara yang sedia ada untuk memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera.

“Saya difahamkan, kuota 10 peratus bukan dasar baharu, mungkin ramai masyarakat bukan Bumiputera tidak tahu ada peluang sebegini yang sudah ditawarkan oleh Mara,” katanya.

Mengulas lanjut, Sivarasa tidak menolak untuk membuat laporan ke atas blog yang didakwa turut melakukan fitnah ke atas dirinya dan beberapa individu lain.

“Saya akan berbincang dengan beberapa pihak, sama ada saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“Tindakan blog ini berkemungkinan ada unsur politik berniat jahat kerana sudah dekat Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis,” katanya.

Kelmarin, tersebar satu paparan WhatsApp membabitkan seorang ‘individu’ yang dipercayai bersama dalam pertemuan Sivarasa di Ibu Pejabat Mara, di sini.

“Dalam taklimat kepada Mara hari tu dia boleh persoalkan tak boleh ke Mara dibuka untuk semua?” katanya dalam paparan WhatsApp berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply