2.4K
MANILA, 22 Jul – Seorang lelaki yang dikehendaki oleh polis Filipina telah berjaya ditahan selepas bertahun menyembunyikan diri.
Radden Canasa Argomido yang berusia 36 tahun ditahan oleh pihak keselamatan Filipina selepas tempat persembunyiannya berjaya dikesan oleh polis Filipina.
Radden dikehendaki oleh kerana melakukan jenayah seksual dan cubaan bunuh.
Januari lalu, penjenayah terbabit bertindak mengambil gambar dirinya dalam sebuah balai polis dan foto tersebut telah tular di Filipina.