Home SemasaGlobal 2 peluru berpandu balistik dilancarkan terhadap Arab Saudi

2 peluru berpandu balistik dilancarkan terhadap Arab Saudi

by M.Daim

RIYADH, 10 Jun – Pihak Arab Saudi menyatakan 2 peluru berpandu balistik telah dilancarkan oleh Yaman terhadap Arab Saudi. Menurut jurucakap pihak Arab Saudi, Kolonel Turki Al-Malki memberitahu bahawa 2 peluru berpandu yang dilancarkan oleh puak Houthi di Yaman telah dikesan oleh Tentera Udara Diraja Arab Saudi.

Beliau yang dipetik oleh Saudi Press Agency menyatakan kedua-dua peluru berpandu balistik tersebut dilancarkan menuju ke arah Najran.

Walau bagaimanapun, kedua-dua peluru berpandu tersebut gagal mencapai sasaran. Salah satu daripada peluru berpandu tersebut jatuh di dalam kawasan Yaman manakala sebuah lagi jatuh di kawasan padang pasir yang tidak berpenghuni.

Kolonel Turki mengesahkan serangan tersebut adalah mensasarkan kawasan penduduk di bandar Najran.

 

Related Articles

Leave a Reply