Home SemasaGlobal 2 kapal perang Rusia tiba di Manila

2 kapal perang Rusia tiba di Manila

by M.Daim

MANILA, 10 Jun – 2 buah kapal perang dan sebuah kapal logistik Tentera Laut Rusia telah tiba di Filipina. Ketiga-tiga buah kapal tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan task force Armada Pasifik negara berkuasa besar itu.

Kesemua kapal-kapal tersebut berlabuh di Manila dan melakukan lawatan tidak rasmi, lapor TASS.

2 kapal pembinasa kelas Udaloy;  Admiral Tributs dan Admiral Vinogradov, serta kapal tangki, Penchenga akan berlabuh di Filipina sehingga 14 Jun ini.

Related Articles

Leave a Reply