Home SemasaGlobal Lapangan terbang jadi sasaran pengodam

Lapangan terbang jadi sasaran pengodam

by M.Daim

TEHRAN, 8 Jun – Sebuah lapangan terbang di Iran menjadi sasaran serangan penggodam. Serangan siber tersebut merupakan serangan kedua di negara itu dalam masa dua minggu. Penggodam telah menceroboh masuk ke sistem komputer lapangan terbang dan menggodam sistem paparan umum di sebuah lapangan terbang di Tabriz, Iran.

Serangan tersebut turut menganggu kelancaran operasi lapangan terbang di Tarbiz, Iran.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku pada Rabu lalu, sistem paparan umum di lapangan terbang Tarbiz telah memaparkan mesej anti kerajaan selama empat jam. Kumpulan siber yang dikenali sebagai Tapandegan mengaku bertanggungjawab disebalik kejadian tersebut.

 

 

Related Articles

Leave a Reply