1.6K
KABUL, 8 Jun – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengumumkan gencatan senjata sementara hari ini sempena Aidilfitri, walaupun tidak jelas jika Taliban bersetuju.
Ghani menerusi tweet berkata, gencatan senjata itu akan berlangsung dari 27 Ramadan sehingga hari kelima Aidilfitri.
Hari ke-27 Ramadan jatuh pada Isnin 11 Jun sementara hari kelima Aidilfitri dijangka 15 Jun. -AFP