Home Pertahanan dan Keselamatan Hari Gawai dan Pesta Ka’amatan diraikan di Lubnan

Hari Gawai dan Pesta Ka’amatan diraikan di Lubnan

by M.Daim

LUBNAN, 31 Mei –  Komander MALBATT, Kolonel Khairul Anuar Ab Aziz telah membuat perjumpaan bersama anggota MALBATT 850-5 yang akan meraikan perayaan Hari Ka’amatan dan Gawai Dayak. Sesi perjumpaan tersebut diadakan di UNP 2-1, Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan.

Walaupun jauh dari Malaysia, anggota MALBATT 850-5 yang meraikan Pesta Ka’amatan dan Hari Gawai diraikan serta diberikan cuti selama 2 hari. Foto: MALBATT 850-5

Seramai 54 orang anggota MALBATT 850-5 dari pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak akan menyambut perayaan ini. Komander memaklumkan ini adalah satu kebanggaan buat mereka yang meraikan perayaan ini di perantauan terutamanya sebagai seorang anggota pengaman di bawah misi PBB.

Pada masa yang sama, kesemua 54 orang anggota terbabit juga turut diberi cuti selama 2 hari bagi meraikan perayaan ini.

 

Related Articles

Leave a Reply