Home Semasa Buat laporan palsu jumpa mayat bayi, sebenarnya anak sendiri

Buat laporan palsu jumpa mayat bayi, sebenarnya anak sendiri

by Pasri Asyraf

KUALA LUMPUR, 29 Mei 18 : Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu mengenai penemuan mayat bayi lelaki di kediamannya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata remaja berkenaan membuat laporan pada 9 pagi semalam, kononnya menjumpai mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di atas kerusi di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dekat sini, semalam.

“Remaja berkenaan mendakwa membawa balik mayat tersebut dan membersihkannya sebelum meletakkannya semula di tempat asal.

“Hasil soal siasat, remaja berkenaan kemudian mengaku membuat laporan palsu di mana (beliau) sebenarnya melahirkan bayi tersebut bersendirian pada 12.05 tengah malam dalam tandas di rumahnya pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata remaja terbabit dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Tangkapan akan dibuat selepas remaja berkenaan keluar daripada wad,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

  • BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!