Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Fuad Majid berkata, kebakaran blok asrama tersebut berlaku pada pukul 1.58 pagi ketika pelajar terbabit sedang tidur.

“Kebakaran itu disedari pelajar terbabit dan mereka sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari asrama berkenaan.

“Kebakaran melibatkan lima dormitari di sebuah blok asrama lelaki yang musnah sebanyak 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya kepada pemberita.

Mohd. Fuad berkata, seramai 20 pegawai dan anggota dari tiga balai bomba iaitu Rembau, Seremban dan Senawang ditugaskan memadamkan kebakaran itu.

Menurut beliau, api dapat dipadamkan dalam tempoh 30 minit dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Pada 28 September tahun lalu, asrama sementara pelajar perempuan sekolah itu di Kampung Nerasau, Kota dekat sini terbakar kira-kira pukul 1.50 pagi