1.9K
KUALA LUMPUR, 28 April – MCA hari ini memecat dengan serta merta dua anggota parti kerana bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata Dr Lim Yak Hong dan Ting Choon Chai dikenakan tindakan tatatertib kerana bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Johor.
Beliau berkata tindakan itu diambil mengikut keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-28 pada 19 Dis tahun lepas.
“Mana-mana anggota parti yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti semasa PRU14 akan dipecat dari parti berkuatkuasa serta merta,” kata beliau.