Home Pertahanan dan Keselamatan Wira Jambatan Sultan Abdul Halim adalah contoh kepada wira kebangsaan – Panglima Tentera Udara

Wira Jambatan Sultan Abdul Halim adalah contoh kepada wira kebangsaan – Panglima Tentera Udara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Jasa wira Jambatan Sultan Abdul Halim, Flait Sarjan (B) Zaidi Salleh, 52 tahun, telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan dari Persatuan Veteran TUDM.

Beliau menerima tajaan sebagai ahli seumur hidup Persatuan Veteran TUDM (PVTUDM) oleh pihak persatuan yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Veteran TUDM, Jeneral (B) Tan Sri Rodzali bin Daud.

Flait Sarjan (B) Zaidi Salleh yang kini bertugas sebagai polis bantuan telah menerima tajaan sebagai ahli Persatuan Veteran TUDM seumur hidup dan sumbangan ikhlas daripada Koperasi Veteran Tentera Udara Berhad.

Selain daripada itu, beliau menerima sumbangan wang tunai RM 800 serta saham koperasi bernilai RM 800 dari Koperasi Veteran Tentera Udara, yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel (B) Jalil, Pengerusi Koperasi Veteran Tentera Udara Malaysia Berhad.

Sumbangan dan penghargaan tersebut disampaikan semasa Majlis Reunion Persatuan Veteran Tentera UDara Diraja Malaysia yang berlangsung malam semalam di Dewan Angkasa Raya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Mengulas keberani Flait Sarjan (B) Zaidi, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, “Dia (Zaidi) bekas anggota HANDAU sememangnya mempunyai kepakaran untuk menyelamat,”

“Saya amat menyanjungi dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau,”

“Walaupun kelihatan seperti insan biasa, Flait Sarjan Zaidi, semangat dan kepakaran pada dia tidak dapat dinafikan,” tambah Tan Sri Affendi.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia, Flait Sarjan (B) Zaidi Salleh, mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila video beliau menyelamatkan seorang wanita yang terjun ke laut di  Jambatan Sultan Abdul Halim pada 18 April lalu tular di media sosial.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply