Home Pertahanan dan Keselamatan Pameran DSA, NATSEC dibuka hari ini

Pameran DSA, NATSEC dibuka hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 dibuka secara rasmi hari ini oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Lebih 1,500 pempamer dari 60 buah negara terlibat dalam pameran tersebut yang kini memasuki penganjuran kali ke-16.

Johari yang diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar ruang pameran itu.

Pameran empat hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dijangka menarik 40,000 pelawat itu menjadi platform kepada pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea selain memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan produk masing-masing.

Majlis perasmian DSA edisi ke-16 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

DSA merupakan acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 1988.

Related Articles

Leave a Reply