Home Semasa Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu

Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu

by M.Daim

Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu merupakan 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Turut disebut sebagai Tujuh Wasiat 9 Raja-raja Melayu, 7 wasiat ini bukan sahaja untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera tetapi turut membela hak-hak kaum lain.

Tujuh Wasiat yang dimaksudkan adalah:

PERTAMA:  Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

KEDUA: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

KEEMPAT: Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatanRAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

KELIMA:  Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

KEENAM: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH:  Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak.

Ketujuh-tujuh perkara dalam wasiat ini diterjemahkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:

  1. MALAYSIA – Perkara 1 (Nama, negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  1. TANAH SIMPANAN MELAYU – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

    Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.
  1. REJIMEN ASKAR MELAYU – Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972Seksyen tersebut menyatakan:”Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”.Rejimen Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941.Askar Melayu Diraja, pada ketika itu dikenali sebagai Rejimen Askar Melayu atau Malay Regiment, bertempur menentang tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan sehinggalah ke Singapura semasa Perang Dunia Kedua.Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu darat, laut, dan udara yang semuanya terbuka kepada semua kaum.Rejimen Askar Melayu Diraja adalah salah satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.
  2. RAJA-RAJA MELAYU – Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan.Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas yang di-Pertuan Agong.Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima (5) tahun.
  3. ISLAM – Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya. Manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  4. BAHASA MELAYU – Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.
  1. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN – Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)Perlembangan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.

Related Articles

Leave a Reply