Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Angkatan Tentera Terima Anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang

Panglima Angkatan Tentera Terima Anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 21 Mac-Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri’ Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah menerima anugerah ketenteraan tertinggi Singapura, iaitu Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) pada 20 Mac 18 di Singapura.

Penganugerahan tersebut bagi mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam memperkukuhkan hubungan antara Angkatan Bersenjata Malaysia dengan Angkatan Bersenjata Singapura.

Jeneral Tan Sri’ Affandi memeriksa Barisan Kehormatan di Istana sebelum diberikan anugerah tersebut oleh Presiden Halimah Yacob.

Di bawah kepimpinan Tan Sri’ Affandi, hubungan pertahanan antara kedua-dua Angkatan Tentera itu terus berkembang dari masa ke masa.

Kedua-dua pasukan bersenjata juga banyak berinteraksi menerusi latihan dua hala, lawatan peringkat tinggi, program tukaran pegawai dan mereka juga saling menghadiri kursus yang dianjurkan masing-masing.

Selepas upacara penyampaian anugerah, Jeneral Tan Sri’ Affandi menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bagi mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang kukuh serta melahirkan komitmen terhadap usaha mempertingkatkan lagi kerjasama pertahanan dua hala.

Related Articles

Leave a Reply