Home Semasa KWSP jangan sekadar menafikan – Arshad Raji

KWSP jangan sekadar menafikan – Arshad Raji

by M.Daim

Kuala Lumpur, 2 Mac – Pesatuan Patriot hari ini mengeluarkan kenyataan memuji langkah pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bertindak pantas menafikan laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report. Malah, KWSP turut membuat laporan polis. Walaupun begitu, pihak Patriot menyatakan KWSP perlu bertindak lebih dari itu untuk meyakinkan pencarum.

Presiden Patriot, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Arshad Raji berkata, KWSP perlu membuat sidang media dan memanggil kesemua wartawan untuk hadir bagi melihat sendiri bukti yang menyatakan laporan yang dibuat oleh Sarawak Report adalah tidak benar.

Beliau turut mengesa pihak PDRM untuk memberitahu kepada umum akan perkembangan ketiga-tiga laporan polis yang pernah dibuat oleh pihak KWSP.

Namun begitu, Arshad Raji menyatakan tuduhan pihak Sarawak Report perlu dipandang serius terutamanya dengan melihat isu 1MDB dan BMF (Bumiputera Malaysia Finance Ltd) yang pernah dilaporkan oleh Sarawak Report.

Presiden Patriot dalam kenyataan medianya hari ini turut mengesa semua pihak untuk mengambil pengajaran dari kes BMF dan 1MDB. Beliau turut menyokong pendapat yang disuarakan oleh Busines Ethics Institute Malaysia (BEIM) yang mahukan tatacara perniagaan yang beretika dipenuhi.

Related Articles

Leave a Reply