Home PolitikPakatan Harapan Pekerja ditipu, Nurul Izzah gesa PDRM siasat.

Pekerja ditipu, Nurul Izzah gesa PDRM siasat.

by M.Daim

Kuala Lumpur, 22 Feb – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah gesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat satu kes penipuan melibatkan seorang individu berpangkat “Dato’ Seri”. Gesaan tersebut dibuat oleh beliau dalam satu sidang media khas di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Turut hadir ke sidang media tersebut adalah Pengarah Komunikasi PKR dan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Fahmi Fadzil dan beberapa orang pekerja yang menjadi mangsa.

“Jenayah ini boleh dilihat sebagai jenayah merentas sempadan kerana syarikat tersebut berpangkalan di Indonesia dan menggunakan nama sebuah syarikat di Indonesia,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai. ” Saya gesa pihak berkuasa memberikan keutamaan kepada kes ini kerana melibatkan orang ramai.”

Menurut salah seorang mangsa, Prabhunanda, individu berpangkat Dato Seri tersebut menawarkan pekerjaan kerana mendakwa sejumlah wang yang besar telah disediakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, untuk menguruskan satu aturcara di Bali pada tahun ini.

Pada mulanya, saspek menghubungi kesemua mangsa di akaun media sosial LinkedIn dan menawarkan kerja kepada mereka.

Individu menghubungi kesemua mangsa bagi menguruskan satu aturcara di Bali dan mendakwa telah mendapat sejumlah wang dari Presiden Indonesia. Gambar: Air Times News Network.

Prabhunanda, yang dilantik sebagai Pegawai Operasi Syarikat oleh suspek, menambah, antara aturcara yang penting yang ‘bakal berjalan’ adalah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara 140 negara untuk menggunakan mata wang kripto (cryptocurrency).

Aturcara tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 5 Mei 2018 di Bali dan melibatkan 2000 syarikat serta 1,000 orang speaker.

Menurut Prabhunanda, beliau merasa tidak kena selepas beberapa hari dilantik berkerja pada awal Januari lalu kerana perubahan isi kandungan majlis selalu berubah-ubah.

Laporan polis telah dibuat oleh beliau bersama 3 orang pekerja lain pada awal Februari lalu.

Fahmi Fadzil, individu tersebut menghubungi kesemua mangsa pernah menggunakan beberapa nama samaran dan pernah dikehendaki oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.

Mengikut rekod, Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Julai 2016 untuk memanggil beberapa orang individu untuk tampil bagi membantu siasatan kes penipuan Solar Bond.

“Salah seorang dari ketiga-tiga individu dalam siaran media oleh SSM tersebut adalah lelaki yang menghubungi kesemua mangsa,” dedah Fahmi Fadzil.

Beliau mengesa individu tersebut untuk hadir dan kembali ke Malaysia untuk menyelesaikan keadaan.

Nurul Izzah menyatakan, beliau akan membawa perkara ini ke pihak Kementerian Dalam Negeri dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggelakkan orang ramai menjadi mangsa dan individu tersebut telah menggunakan nama Presiden Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply