Home Pertahanan dan Keselamatan Hospital Medan ATM RM3.5j untuk Rohingya

Hospital Medan ATM RM3.5j untuk Rohingya

by Air Times News Network

COX’S BAZAR, 17 Okt – Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal dibina di Kem Pelarian Kutupalong dekat sini akan menelan belanja RM3.5 juta, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri sewaktu melawat kem berkenaan sebentar tadi berkata, hospital yang mempunyai 50 katil itu akan siap dibina dalam masa sebulan.

“Kita sedang menunggu prosedur yang ditentukan oleh kerajaan Bangladesh untuk membenarkan pembinaan hospital itu.

“Kami telah pun mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri Bangladesh sendiri Sheikh Hasina dan kelulusan ini telah diberi kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur pada saya, ATM dan Kementerian Kesihatan.

“Dalam tempoh sebulan hospital medan itu akan beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply