Home Pertahanan dan Keselamatan Pesawat TUDM siap sedia laksanakan misi kemanusian – PTU

Pesawat TUDM siap sedia laksanakan misi kemanusian – PTU

by Air Times News Network

SUBANG, 13 Sept – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Panglima TUDM, Tan Sri Affendi Buang berkata, pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanakan arahan penghantaran bekalan sekali lagi, jika diminta kerajaan.

Bantuan oleh kerajaan Malaysia yang di terbang kan oleh TUDM ke Chittagong Baru-baru ini. FOTO – Kapt Hafiz

 

“(Sabtu lepas) telah dilaksanakan misi kemanusiaan pertama, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.

“Kami akan pilih antara dua aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.

Pada 9 September lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Misi Kemanusiaan – Negaraku Prihatin, menggunakan dua pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh.

Related Articles

Leave a Reply