Top Posts
Semangat Wataniah gegar kampus Politeknik Ungku Omar
Jackal: Peluru berpandu ringan yang mengaburkan garis antara...
Eurofighter Tranche 4: Peralihan Luftwaffe ke era peperangan...
Norway: Lesen eksport NSM dibatalkan kerana sekatan keselamatan,...
Boeing sahkan keupayaan stealth MQ-28 Ghost Bat
NSM: Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway, syarikat...
Tidak layak digelar warganegara Malaysia jika tolak prinsip...
Vietnam dan Indonesia bakal miliki peluru berpandu BrahMos
Khaled: Pembatalan NSM oleh Norway jadi kecacatan kekal...
Hospital, petugas kesihatan di zon konflik semakin terdedah...
  • About
Air Times News Network
  • Semasa
    • Ekonomi
    • Politik
      • Barisan Nasional
      • PAS /PPBM / LAIN
      • Pakatan Harapan
  • Pertahanan dan Keselamatan
    • Tentera Darat
    • Tentera Laut
    • Tentera Udara
  • Sejarah
  • Diskusi
  • Teknologi Pertahanan
  • PR Newswire
  • Video
Home Tags Posts tagged with "Sultan Ibrahim"
Tag:

Sultan Ibrahim

google.com, pub-4655215500299199, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Semasa

Empat maut, seorang masih hilang dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

by Farrah Najihah Hisyam 16 Mac 2020
written by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor hari ini mengesahkan empat mangsa rentung manakala seorang lagi masih hilang dalam satu letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi.

“Terdapat 7 orang mangsa yang terlibat termasuk satu mangsa keluar sendiri, satu mangsa melecur sebanyak 70% dikeluarkan oleh anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS),

“Manakala, empat orang mangsa rentung dikeluarkan oleh Pihak Bomba dan seorang mangsa lagi masih hilang,” kata Komander Operasi dan Penyelamat negeri, Pauzan Ahmad.

Pemadaman dan penyejukkan melibatkan 33 orang anggota JBPM dan sembilan jentera serta dibantu oleh 37 anggota CEFS Pengerang bersama lapan senjata.

Terdahulu, Pauzan berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran Diesel HTU itu melalui talian terus ke balai pada pukul 11.18 malam tadi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku letupan dan kebakaran melibatkan Plant Diesel Hydro Treater Unit (HTU) yang menjalankan proses membuang sulfur dari diesel mentah dengan menggunakan gas hydrogen,

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” tambah beliau.

Dalam satu kenyataan berasingan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran.

“Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa,” titah baginda kepada Royal Press Office di sini.

Baginda juga amat berharap agar keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu diberikan perhatian dan bantuan oleh majikan.

16 Mac 2020 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Politik

10 Exco kerajaan Johor angkat sumpah

by Air Times News Network 6 Mac 2020
written by Air Times News Network

JOHOR BHARU, 6 Mac – Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene hari ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Exco yang mengangkat sumpah ialah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO iaitu Datuk Samsolbari Jamali (ADUN Semarang); Ayub Jamil (ADUN Renggi); Zaiton Ismail (ADUN Sungai Balang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Layang-Layang) dan seorang dari MIC, ADUN Kahang R. Vidyananthan.

Turut mengangkat sumpah empat ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Mazlan Bujang (ADUN Puteri Wangsa); Mohd Solihan Badri (ADUN Tenang); Tosrin Jarvanthi (ADUN Bukit Permai) dan Mohd Izhar Ahmad (ADUN Larkin) bersama-sama dengan seorang ADUN Bebas, Dr Chong Fat Full (ADUN Pemanis).

Berangkat sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Pada Jumaat lepas, ADUN Benut, Datuk Hasni Mohammad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-18.

6 Mac 2020 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

‘Sultan Johor dan saya akan saling berterus terang, tiada sembunyi-sembunyi’ – Tun Mahathir

by Air Times News Network 11 Januari 2019
written by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 11 Jan – Pelbagai isu berkaitan yang membabitkan rakyat dan Istana menjadi topik perbincangan diantara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini semalam.

Tun Mahathir, berkata pandangan beliau telah diterima baik oleh Sultan Ibrahim dalam pertemuan penuh mesra.

Katanya, kedua-duanya juga bersetuju untuk berterus terang di masa hadapan.

“Saya boleh berkomunikasi dengan Baginda (Sultan Ibrahim), kita bersetuju supaya kita lebih ‘frank’ (terbuka), bercakap secara berterus-terang dan tiada sembunyi-sembunyi. Baginda bagi pandangan Baginda, saya bagi pandangan saya,” kata beliau pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Johor.

Malah katanya beliau  juga melahirkan persetujuan untuk bertemu dengan Sultan Ibrahim pada masa akan datang sekiranya diperlukan.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu ada membincangkan tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Tun Mahathir berkata persoalan mengenai institusi Raja-Raja tiada kaitan dengan beliau.

“Itu soal Raja-Raja tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya ringkas.

Dr Mahathir berkata, beliau dan Sultan Johor juga bersetuju jika ada apa-apa isu, mereka boleh berbincang, berjumpa atau berhubung.

Beliau turut mengakui pertemuan itu adalah yang pertama selepas dirinya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Dr Mahathir juga mengakui pertemuan itu menjadi satu dimensi baru hubungannya dengan Sultan Johor yang sebelum ini dikatakan tegang.

Sementera itu, kemesraan antara Sultan Ibrahim dan Tun Mahathir terserlah apabila baginda sendiri berkenan memandu Proton Saga pertama negara untuk menghantar Tun Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, semalam.

 

 

 

11 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Pusat tahfiz yang melanggar syarat hendaklah ditutup – Sultan Ibrahim

by Nurulhuda 13 September 2018
written by Nurulhuda

JOHOR BAHRU 13 Sept – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri memantau kesemua pusat tahfiz yang beroperasi di negeri itu dan memastikan kesemuanya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Titah baginda, kesemua pusat tahfiz yang beroperasi di Johor perlu mendapat sijil pengiktirafan sebelum memulakan operasi.

“Akhir-akhir ini terdapat banyak pusat tahfiz swasta atau persendirian diwujudkan dan memohon sumbangan dan bantuan orang ramai untuk beroperasi.

“Mana-mana pusat tahfiz yang melanggar syarat hendaklah ditutup serta-merta,” titah baginda ketika merasmikan majlis Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri perlu memantau kesemua pusat tahfiz di negeri ini dan mesti mendapat sijil dan pengiktirafan sebelum memulakan operasi, titah beliau lagi.

 

13 September 2018 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Newer Posts
Older Posts
google.com, pub-4655215500299199, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Search

Kategori

  • Barisan Nasional (423)
  • Diskusi (482)
  • Diskusi (13)
  • Ekonomi (51)
  • Global (2,198)
  • Keselamatan Siber (6)
  • Pakatan Harapan (445)
  • Pameran Pertahanan (6)
  • PAS /PPBM / LAIN (260)
  • Pertahanan dan Keselamatan (5,333)
  • Politik (783)
  • Sejarah (34)
  • Semasa (6,940)
  • Singapore Air Show 2026 (8)
  • Sukan (7)
  • Teknologi Pertahanan (453)
  • Tentera Darat (1,132)
  • Tentera Laut (469)
  • Tentera Udara (353)
  • TLDM (8)
  • TUDM (8)
  • Uncategorized (1)
  • Video (6)

Meta

  • Log masuk
  • Suapan pemasukan
  • Suapan ulasan
  • WordPress.org
Facebook Twitter Instagram Pinterest Youtube Snapchat

Berita Popular

  • 1

    Pangkalan Udara Sendayan sudah siap, boleh digunakan sepenuhnya – MB Negeri Sembilan

    11 Mac 2018
  • 2

    Rakyat Malaysia terkorban sebagai askar upahan dalam konflik Ukraine-Rusia?

    29 Oktober 2024
  • 3

    Jangan pakai seragam tentera, PATRIOT nasihat Mat Sabu

    3 Jun 2018

Pertahanan dan keselamatan

  • Semangat Wataniah gegar kampus Politeknik Ungku Omar

    4 Jun 2026
  • Norway: Lesen eksport NSM dibatalkan kerana sekatan keselamatan, bukan faktor Malaysia

    2 Jun 2026
  • NSM: Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway, syarikat pembekal – Khaled

    1 Jun 2026
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Pinterest
  • Linkedin
  • Youtube
  • Email
  • Snapchat
  • Rss

@2020 - Airtimes.my. All Right Reserved.

Air Times News Network
  • Semasa
    • Ekonomi
    • Politik
      • Barisan Nasional
      • PAS /PPBM / LAIN
      • Pakatan Harapan
  • Pertahanan dan Keselamatan
    • Tentera Darat
    • Tentera Laut
    • Tentera Udara
  • Sejarah
  • Diskusi
  • Teknologi Pertahanan
  • PR Newswire
  • Video