KUALA LUMPUR, 7 Nov āĀ Bekas juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Mohd Redha Rozlan, 30, atau dikenali Mat Redho mencipta sejarah di bumiĀ Perth, Australia apabila menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain, semalam.
Memetik laporan Utusan Online, Mat Redho yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat (IT) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan itu selepas meneĀwaskan dua pencabar terdekat, peserta akhir āAmerican Ninja Warriorā Jake Murray serta peserta tempatan, Cameron Dā Silva.
Menurutnya meĀnerusi akaun Instagram milikĀnya, dia amat berbangga meĀngibarkan Jalur Gemilang di atas podium termasuk di peringkat antarabangsa.
āAlhamdulillah, setakat ni saja yang saya mampu. Terima kasih pada isteri yang selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.
āKami ada tabung sendiri untuk keluar negara. Macam biasa jika nak bertanding di luar negara pasti pecah tabung punya. Dalam masa yang sama, tidak pernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja,ā katanya.
Dalam pada itu, menurut kenyataan Facebook Kementerian Belia dan Sukan, kejayaan tersebut begitu membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan.
āSaat membanggakan buat arena sukan negara apabila Mohd. Redha Razlan atau dikenali sebagai Mat Redho muncul juara Final Liga Ninja 2018.
āBeraksi di Perth, Austrlia, beliau merupakan bekas naib juara Fear Factor Malaysia musim kedua menewaskan Jake Murray dan Cameron Dā Silva. Tahniah. Rakyat Malaysia berbangga dengan anda. Malaysia Boleh!,ā kata kenyataan itu.
Sebelum ini, dia juga pernah menyertai American Ninja Warrior Musim ke 9 dalam kumpulan Asia, Sasuke Asean Cup 2014 dan Sasuke Vietnam 2016, 2017 dan 2018.
