SHAH ALAM, 21 Jan – Chef selebriti, Chef Wan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengeluarkan ayat mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu.
Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menjelaskan beliau tidak mahu menjadi orang yang tidak bersyukur dan menghargai jasa-jasa yang pernah dibuat oleh Najib sewaktu memerintah negara.
“Kepada Datuk Seri Najib, pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya telah gunakan waktu saya merasa amat marah!
“Ya saya tidak mahu menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai langsung sumbangan beliau kepada negara.
“Untuk berlaku adil, beliau (Najib) adalah ahli politik dan mesti berhadapan dengan semua ini secara terbuka dan budiman.
“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita seperti apa yang saya lakukan pagi tadi (semalam).
“Ya saya mengaku saya silap apabila dirasuk syaitan dan naik marah!,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.
Dalam laporan media semalam, Chef Wan berkata, beliau mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai
Selain mahu menampar muka Najib, Chef Wan juga melakukan perkara yang sama pada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disifatkannya tidak menguruskan Felda dengan baik.
“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!
“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.
“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” kata Chef Wan yang dipetik sebagai berkata.
Kenyataan pedas Chef Wan itu berkaitan dengan perasan geramnya yang mendakwa Felda tidak diurus dengan baik oleh Barisan Nasional (BN) yang ketika itu diterajui Najib.
Ekoran daripada kata-kata tersebut, Facebook Go Shop Malaysia diserang natizen kerana Chef Wan merupakan duta bagi program beli-belah dalam talian berkenaan
Dalam ruangan komen Facebook perkhidmatan membeli-belah yang disiarkan di Astro itu, kebanyakan natizen mengesa agar chefterkenal itu diboikot.