KUALA LUMPUR, 6 NOV- Jabatan Agama Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) membangunkan sistem pelaporan berpusat yang membolehkan mana-mana pihak melaporkan kes secara terus kepada pihak berkuasa dengan segera.
Di samping, kerjasama agensi Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Polis diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama negeri antara petugas barisan hadapan menerima latihan khas.
Justeru, bagi mempertingkatkan tindakan lebih pantas dalam mengenali tanda-tanda eksploitasi.
Langkah tersebut penting dalam memastikan setiap laporan diterima dan mendapat perhatian segera demi melindungi kanak-kanak, wanita dan semua yang terdedah kepada ancaman dan eksploitasi.
“JAKIM menyedari terdapat keperluan membuat penambahbaikan dalam gerak kerja bagi menangani isu-isu seumpama kes GISBH dan isu-isu berkaitan ajaran sesat di negara ini,” ujar Timbalan Menteri, Zulkifli Hasan.
Berikutan, perkara tersebut menimbulkan keperluan untuk penambahbaikan segera dalam prosedur operasi standard pelaporan kes seumpama itu.
Dalam pada itu, JAKIM memperkasakan penyelarasan tindakan penguatkuasaan melalui jawatankuasa sedia ada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan agensi berkaitan di peringkat persekutuan, Jawatankuasa Pemandu Ajaran Sesat (JAPAS).
Hal ini, bagi memastikan penyelarasan tindakan penguatkuasaan dengan setiap negeri lebih kukuh.
“JAKIM berperanan dalam merancang dan melaksanakan kajian hokum dalam bidang akidah khususnya kajian-kajian berkaitan ajaran sesat dan ekstrimis yang berpaksikan agama,” katanya lagi.
Sementara itu, penyelarasan aduan juga dilaksanakan secara strategik antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
Zulkifli menyatakan, JAKIM sehingga hari ini konsisten melaksanakan kolaborasi strategik bersama agensi-agensi peringkat persekutuan negeri secara menyeluruh.
Pendekatan strategik sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan menerusi JAKIM selaku agensi pusat bertanggungjawab terhadap hal ehwal pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini dalam memastikan fahaman menyimpang atau ajaran salah mampu dibendung dengan lengkap.
Antaranya, kerjasama jabatan dan Majlis Agama Islam negeri-negeri, Jabatan Mufti negeri-negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendakwaan Syariah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negeri dan lain-lain agensi.
Lanjutan, kerajaan sentiasa berbincang dan mengadakan libat urus bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri dalam memastikan penyelarasan dan seragam bagi tindakan yang diambil terhadap kesalahan mereka di bawah perundangan syariah
Terkini, 7 modul pemulihan juga dibangunkan sehingga kini dan pusat pemulihan juga diletakkan. -airtimes.my
