Letupan itu berlaku ketika tentera prokerajaan memeriksa van berkenaan yang ditahan di sekatan jalan raya berkenaan selepas subuh, kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Gerry Besana.

Letupan itu membunuh sekurang-kurangnya seorang askar dan beberapa anggota militan di pinggir bandar Lamitan di pulau Basilan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“Suspek meletupkan bom kerana merasa bimbang dia akan ditangkap dan terus melarikan diri selepas mendapati dia menjadi buruan pihak berkuasa,” kata seorang penduduk tempatan,” Mujiv Hataman.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung letupan berkenaan.

Basilan adalah kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf yang memiliki pertalian dengan Al Qaeda dan dikatakan bertanggungjawab dalam letupan terburuk pernah berlaku di negara berkenaan.

Abu Sayyaf adalah antara kumpulan bersenjata yang memerangi kerajaan di selatan Filipina dalam siri pemberontakan sejak berpuluh tahun lalu dan meragut lebih 100,000 nyawa.

Presiden Rodrigo Duterte baru-baru ini menandatangani undang-undang untuk mewujudkan autonomi Islam yang lebih baik di selatan Filipina, dengan harapan ia akan mengakhiri konflik di kawasan terbabit. – AFP