Sejak tercetusnya perang antara Israel dan Hamas, salah satu aspek penting yang perlu diambil kira ialah ‘Ekonomi Misil’.
Ini kerana untuk membangunkan senjata yang boleh terbang pada kelajuan ribuan kilometer sejam memerlukan kos yang tinggi.
Menurut Suruhanjaya Siasatan Negara Israel, terdapat kelemahan yang ketara dari segi aset tentera udara Israel, unit perisai, dan artileri yang mencukupi.
Menurut laporan, peluru berpandu yang memintas mempunyai kos yang tinggi berbanding peluru berpandu yang dipintas.
Sistem pertahanan ini termasuk dengan sistem ‘Patriot’ terhadap misil ‘Scud’ dalam Perang Teluk pada tahun 1991 dan pintasan roket oleh ‘Iron Dome’ terhadap roket dari Hamas dan Hezbollah sejak 2011.
Tambahan lagi, sistem pemintasan laser ‘Iron Beam’ sedang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan dan Rafael dan dijangka akan dihantar ke Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada penghujung 2025.
Menurut laporan IDF, Iran telah melancarkan 181 misil ke arah Israel pada selasa lalu.
Sistem pertahanan udara IDF memintas sebahagian besar daripadanya.
Amerika Syarikat (A.S.) pula telah memintas 12 misil tersebut, menurut laporan Amerika Syarikat.
Menurut media Jerusalem Post, untuk menghasilkan misil balistik dengan jarak 1,500 hingga 2,000 kilometer adalah mahal.
Anggaran Iran memerlukan sekurang-kuranya AS$1 juta (RM4.2 juta) untuk menghasilkan setiap misil balistik mereka.
Mereka menggunakan model misil yang canggih iaitu, Emad, Kheibar, dan Fattah-1 yang didakwa sebagai misil hipersonik.
Anggaran jumlah yang kos yang dikeluarkan oleh Iran ialah kira-kira AS$200 juta (RM845 juta)
Sebagai tindak balas kepada misil Iran, Tentera Udara Israel (IDF) melancarkan peluru berpandu ‘Arrow-2’ dan ‘Arrow-3’ yang dihasilkan oleh Israel Aerospace Industries.
IDF tidak mendedahkan jumlah peluru berpandu Arrow yang digunakan dan tiada laporan juga berkenaan penggunaan ‘Iron Dome’ untuk memintas misil dari Iran.
Peluru berpandu ‘Arrow-2’ dilaporkan berharga kira-kira AS$3 juta (RM12.6 juta) dan peluru berpandu yang baharu iaitu ‘Arrow-3’ pula berharga AS$2 juta (RM8 juta).
Anggaran kos untuk memintas 180 misil yang digunakan oleh Iran adalah kira-kira AS$450 juta (RM1.9 bilion). (lebih dari 2 kali ganda kos peluru berpandu Iran)
Selagi A.S. terus membiayai bagi sistem pertahanan udara Israel, ia tidak menjadi masalah buat Israel.
Terdahulu, Kongres A.S. meluluskan bajet khas sebanyak AS$14.1 bilion (RM59.6 trilion), di mana lebihan 4 bilion ditetapkan untuk menambah kemudahan sistem pertahanan termasuk perolehan sistem laser.
Walau bagaimanapun, tidak ada sebab yang kukuh mengapa Israel menangguhkan tindak balas mereka apabila kebanyakan warga Israel tidak bekerja pada waktu cuti dan bersedia dengan sebarang kemungkinan bagi tindak balas Iran yang mungkin akan menyusul.
