Home Pertahanan dan KeselamatanPesawat MPA TUDM capai 60 peratus, pembinaan ikut jadual

Pesawat MPA TUDM capai 60 peratus, pembinaan ikut jadual

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Status pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim (Maritime Patrol Aircraft, MPA) P-72M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini mencapai tahap kemajuan melebihi 60 peratus.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pembinaan pesawat yang sedang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Itali, Leonardo S.p.A dengan harga sekitar RM900 juta itu juga sedang berjalan mengikut jadual.

Perkembangan status kemajuan dua buah pesawat itu dimaklumkan selepas lawatan Khaled ke fasiliti syarikat pertahanan Republik Itali, Leonardo S.p.A. dan menerima taklimat yang diketuai Stefano Bortoli, Pengarah Urusan Aeronautics Division.

“Taklimat disusuli tinjauan kemajuan pembinaan yang diperoleh Kerajaan pada tahun 2023 daripada Leonardo dengan harga sekitar RM900 juta untuk dua buah pesawat,

“Pembinaannya berjalan mengikut jadual dan kemajuannya telah melebihi 60%,” jelasnya dalam hantaran di media sosialnya.

Khaled turut memaklumkan, perolehan MPA ini merupakan sebahagian perancangan perolehan yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55).

“Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia sememangnya memerlukan MPA. Selain melaksanakan misi seperti ‘Anti-Surface Warfare’ dan ‘Anti-Submarine Warfare’, ia digunakan untuk pengawasan zon maritim negara yang cukup luas,

“Sebanyak 6 buah pesawat MPA dirancang untuk diperoleh secara berfasa,” ujarnya lagi.

Pesawat MPA merupakan aset penting bagi memperkukuh keupayaan pemantauan maritim Malaysia, khususnya dalam menangani cabaran keselamatan di kawasan Zon Maritim Malaysia dan Laut China Selatan.

Perolehan ini turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang Malaysia untuk memodenkan aset TUDM secara berfasa.

Terdahulu, Mohamed Khaled memulakan lawatan rasmi dua hari ke Rupbulik Itali sejak semalam.

Selepas melengkapkan lawatan di Itali, Khaled dijadual berlepas ke Berlin pada Isnin bagi menghadiri United Nations Peacekeeping Ministerial 2025 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Mei di Republik Persekutuan Jerman.– airtimes.my

#pertahanan #airitmes #TUDM #Malaysia #aset

Related Articles

Leave a Reply