JOHOR BAHRU, 20 FEB – Seramai 11 orang pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) secara rasmi diserap ke Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan berkata, penyerapan ke dalam Angkatan Tetap merupakan satu pengiktirafan yang bermakna kepada para pegawai PSSTLDM.
“Ini membuktikan bahawa pegawai PSSTLDM juga berkeupayaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab setaraf dengan Angkatan Tetap.
Semoga setiap langkah yang mereka ambil sentiasa dipandu oleh semangat juang yang tinggi, kecekalan yang tidak berbelah bahagi, dan iltizam untuk perkhidmatan ATM amnya dan TLDM khasnya,” katanya pada Selasa.
Majlis Tadbir Angkat Sumpah itu diadakan di Markas Pasukan Simpanan TLDM dan turut disaksikan Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Azhar Adam. -airtimes.my
#PSSTLDM #TLDM #Angkatantetap #ATM #Navy #Malaysia #Airtimes