Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-12 beri perkhidmatan kesihatan kepada komuniti tempatan di Lubnan

MALBATT 850-12 beri perkhidmatan kesihatan kepada komuniti tempatan di Lubnan

by Nurulhuda

HALLUSIYAT, 19 Jan – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 telah memberikan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti tempatan di Lubnan menerusi program MALBATT Medic Care Day di Imam Sader Medical School.

Menerusi satu kenyataan, MALBATT 850-12 memaklumkan, selain menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma, program berkenaan juga memberi manfaat kepada penduduk setempat serta membantu memenuhi keperluan penjagaan kesihatan mereka.

Menurutnya, seramai 73 penduduk telah hadir untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan pergigian sepanjang program tersebut.

“Selain menawarkan perkhidmatan kesihatan, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi mewarna yang mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak, menjadikan program ini lebih mesra komuniti,” jelas hantaran itu.

Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus Shahbuddin, telah menyempurnakan 80 beg sekolah majlis kepada Deputy Mayor Hallusiyat, Mr. Hussein Berri. Foto: MALBATT 850-12

Terdahulu, Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus Shahbuddin, telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan beg sekolah kepada Deputy Mayor Hallusiyat, Mr. Hussein Berri, bertempat di Bangunan Perbandaran Hallusiyat.

Sebanyak 80 beg sekolah telah disumbangkan dalam inisiatif ini, yang bertujuan untuk membantu komuniti setempat.

“Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat konflik di Lubnan, khususnya dalam menyediakan keperluan asas pendidikan untuk anak-anak mereka,

“Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Civil-Military Cooperation (CIMIC) yang dijalankan oleh MALBATT 850-12,

“Inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan dalam melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan, memperkukuhkan hubungan baik antara pasukan pengaman dan komuniti setempat, serta meningkatkan keberkesanan misi pengaman di Lubnan,”tambah pihak MALBATT 850-12.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #MALBATT #Lubnan #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?