KUALA LUMPUR, 10 JAN – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah dipilih sebagai satu daripada jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai perintis pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, penggunaan teknologi AI bukan sahaja akan meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi moden demi kesejahteraan negara.
“AI adalah satu pendekatan baharu yang perlu diberikan perhatian oleh semua warga Maritim Malaysia khususnya pengurusan atasan agensi ini,
“Ini kerana AI akan menjadi pemangkin kepada reformasi operasi Maritim Malaysia,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah Maritim Malaysia, pada Khamis.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, penggunaan teknologi AI bukan sahaja akan meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi moden demi kesejahteraan negara.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful LizanIbrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Nor Hisham Ibrahim.
Dalam ucapan yang sama, Mohd Rosli memaklumkan, APMM juga telah menerima peruntukan berjumlah RM400 juta bagi tujuan pembaikan serta penyelenggaraan aset laut dan udara dalam usaha memastikan kesiapsiagaan aset Maritim Malaysia menjaga kedaulatan perairan negara.
“Peruntukan yang diterima ini bukti Maritim Malaysia sebuah agensi penting dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” jelas beliau lagi.
Beliau berharap pada tahun 2025, seluruh warga APMM dapat melaksanakan Teras Tujuh yang beliau telah perkenalkan, iaitu kepimpinan proaktif dan inklusif, taat setia, pembangunan modal insan dan organisasi, pengukuhan tatakelola, kesiapsiagaan aset, penggunaan teknologi terkini, serta pengukuhan jalinan kerjasama.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kepentingan hubungan strategik dengan penguat kuasa negara luar seperti Indonesia, Thailand, US Coast Guard, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Singapore Coast Guard.
Tegasnya, kerjasama erat itu penting dalam memperkukuhkan keselamatan perairan negara daripada pelbagai ancaman rentas sempadan seperti perkongsian maklumat cubaan masuk Pendatang Tanpa Izin ke dalam negara.
Mohd Rosli berkata, 2024 juga menjadi kejayaan besar kepada APMM kerana dapat melakukan 544 tangkapan dengan hasil rampasan dan denda berjumlah melebihi RM100 juta.
“Tindakan tegas ini ia sekali gus mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara sentiasa terpelihara.
“Pada tahun ini, Maritim Malaysia juga telah menerima peruntukan yang signifikan daripada kerajaan berjumlah RM400 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan aset laut dan udara dalam usaha memastikan kesiapsiagaan dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” katanya lagi. -airtimes.my
#keselamatan #airtimes #Malaysia #KDN #APMM