Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-12 rai anak yatim di Ma’rub Orphanage

MALBATT 850-12 rai anak yatim di Ma’rub Orphanage

by Nurulhuda

MA’RUB, 30 Dis – Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah kepada anak-anak yatim bertempat di Ma’rub Orphanage, Sabtu lalu.

Pihak MALBATT 850-12 memaklumkan, sumbangan itu diserahkan oleh Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh dan Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigedier Jeneral Stefano Messina kepada Pengarah Ma’rub Orphanage, Ali Ahmad Hussein.

“Majlis ini dimulakan dengan sesi Key Leader Engagement (KLE) antara Komander Sektor Barat dan Komander MALBATT bersama Pengarah Ma’rub Orphanage,

“Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa peralatan sekolah, permainan kanak-kanak dan beg sekolah yang disumbangkan oleh Sektor Barat UNIFIL dan MALBATT 850-12,

“Majlis diteruskan dengan acara ramah mesra, di mana Komander dan anggota pasukan pengaman meluangkan masa bersama anak-anak yatim dalam suasana ceria dan penuh keakraban,” jelas pihak MALBATT 850-12 dalam hantaran di laman media sosialnya.

Menurut MALBATT 850-12, penglibatan anggota pengaman wanita dari MALBATT telah memainkan peranan di dalam menaikkan semangat anak-anak yatim tersebut yang terkesan dengan krisis yang telah berlaku.

Dalam masa yang sama, Komander MALBATT 850-12 turut meninjau kemudahan perubatan di Ma’rub Orphanage sebagai persediaan untuk pelaksanaan program Civil-Military Cooperation (CIMIC) yang akan datang.

Dalam aktiviti berasingan, Komander dan anggota MALBATT 850-12 turut mengadakan sesi ramah mesra bersama penduduk setempat dengan melaksanakan aktiviti Market Walk.

“Aktiviti ini bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan serta mempererat hubungan baik antara pasukan pengaman dan masyarakat di kawasan operasi,” jelas MALBATT 850-12 lagi.-airtimes.my

#MALBATT #Malaysia #Lubnan #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?